logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 22-nov-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungansitemap

Ruangan Karya

Ruangan ini memuatkan karya yang dihasilkan oleh ahli-ahli dan AJK KRJ. Karya-karya yang dipaparkan untuk kali ini adalah sebuah sajak bertajuk 'Bukan Masanya'.

Untuk melihat koleksi karya-karya yang telah dipaparkan sebelum ini, sila ke ruangan Arkib Karya.

Bukan Masanya

Bukan ini masanya kau berlari
Mahupun keinginan untuk berjalan tanpa jatuh
Biarlah hari ini..
Kau bertatih dalam kepayahan
Asalkan kau melangkah dengan yakin dan cermat
Mungkin belum tiba masanya untuk kau mencari
Sebaliknya menantilah dengan penuh kesabaran

Bukan ini masanya kau melempar rasa amarah
Mahupun benci atau takut..
Biarlah kau redha dalam kesusahan
Asalkan kelak kau mengerti tentang hidup
Mungkin belum tiba masanya untuk kau memahami
Sebaliknya menantilah dengan penuh harapan

Mungkin benar jangkaanmu
Ini bukan masanya kau berlari
di batas milik kesenangan..
Biarlah sekalipun kau bermula dengan merangkak
Asalkan kau pasti dengan hala tujumu
Dimana silapnya?
Andai kau tersasar halamu..
Kau bukan berjiwa kecil kawanku
Kau mampu melebar sayap meskipun patah!
Langkahmu bukan kecil
Kerana semangatmu hidup dihatimu

Biarlah bukan sekarang
Tapi lihatlah kemungkinan yang datang
Kau pasti dapat berjalan tanpa jatuh
Malah pasti berlari pantas
Kemana sahaja hala tujumu
Yang pastinya..
Kau akan temui
Aku berdiri disitu
Dan..
Selama ini berdiri disisimu..

Hasil Karya,
Hamba Allah

side01

kalendar

Kalendar

aktiviti

Aktiviti

ajk

AJK


Pengenalan

Biodata AJK

Personaliti KRJ

Sudut Karya

Laman Menarik

side02

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Roha bt Hassan

roha_hassan@
jabil.com


Kembali ke atas

side03

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740

Copyright © 1999 - 2002 Jamaah Islah Malaysia. All rights reserved.