![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
laman utama > negeri > pulau pinang > institusi > krj > aktiviti |
||||||||||
Aktiviti KRJSetelah lebih dari 10 tahun Kelab Remaja Pulau Pinang berperanan di dalam masyarakat, pelbagai aktiviti telah dijalankan dari masa ke semasa. Di antara aktiviti-aktivi tersebut merupakan aktiviti peringkat kebangsaan dan terdapat sebahagian yang lain pula merupakan aktivi peringkat daerah yang diadakan secara berterusan. Program Prihatin RemajaProgram ini menggabungkan pelbagai modul yang berkaitan dengan pendidikan fizikal, minda dan kejiwaan. Di antaranya adalah Kenalilah DiriMu Wahai Remaja, Remaja Alaf Baru : Ke mana hala tuju dan Remaja akademis yang cintakan Allah. Ekspedisi Remaja Kental (XREK)Program ini merupakan sebuah program perkhemahan peringkat nasional yang dikhususkan kepada ahli Kelab Remaja JIM dengan syarat-syarat tertentu dari sudut usia, pengalaman di dalam KRJ, akhlak dan lain-lain. Program ini adalah berbentuk perkhemahan dan menguji kekuatan mental dan fizikal serta membina ciri-ciri kepimpinan dan jati diri. Muqayyam RamadhanProgram ini adalah terbuka kepada semua remaja sama ada yang telah menjadi ahli KRJ ataupun belum menjadi ahli KRJ. Program ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid sebagai pusat ilmu dan menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah. Sukan Remaja (SURE)Untuk meraikan minat para remaja di dalam bidang sukan, Kelab Remaja JIM turut menganjurkan pelbagai program sukan di peringkat nasional, zon, negeri atau daerah. Di antara sukan yang dipertandingkan ialah bolasepak, bolatampar, ping pong, badminton, tarik tali dan sepaktakraw. Kem Remaja Islah (KRIS)Kem Remaja Islah (KRIS) yang berkonsepkan khemah ibadah merupakan sebahagian daripada program yang dirancang oleh Kelab Remaja JIM untuk membentuk generasi muda yang beriman dan berakhlak. KRIS lebih menumpukan kepada kefahaman asas Islam yang perlu diserapkan ke dalam jiwa remaja masa kini. Diskusi Remaja Islah (DURI)Program ini merupakan satu program separuh hari yang menggunakan pendekatan "pengisian dan perbicangan". Di atas kepercayaan bahawa setiap remaja memiliki pandangan masing-masing terhadap sesuatu isu, program ini memberikan peluang dan pendedahan kepada remaja dari sudut kemampuan memberikan pandangan atau kritikan terhadap sesuatu isu yang diketengahkan. Program KesenianBerhibur bukanlah satu kesalahan sekiranya dilakukan mengikut landasan yang sepatutnya. KRJ Pulau Pinang memahami bahawa sebagai insan kita juga memerlukan hiburan. Hiburan yang sihat dapat membangunkan jiwa para remaja sambil membangkitkan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap Maha Pencipta. KRJ Pulau Pinang juga memiliki kumpulan nasyid mereka sendiri. Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas KRJ Pulau Pinang turut menganjurkan program seperti Perkhemahan Puteri, Leadership Camp, SMART Camp, Usrah, Qiyamullail Remaja dan banyak lagi program yang sesuai dengan jiwa dan minda remaja, insyaAllah |
|
|||||||||
![]() |
||||||||||
Copyright © 1999 - 2002 Jamaah Islah Malaysia. All rights reserved. |