logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 22-nov-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungansitemap

Pengenalan

Pengisian generasi akan datang dengan barisan pewaris yang berakhlak mulia adalah satu isu yang mendominasi agenda permasalahan remaja masa kini. Menyedari hakikat bahawa mereka adalah bakal pemimpin ummah dan negara masa depan, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) turut memainkan peranana dengan mengembangkan skopnya melalui penubuhan Kelab Remaja JIM (KRJ).

Kelab Remaja JIM dalam perlaksanaan aktivitinya akan mengutamakan pembentukan remaja Islam yang bertaqwa dan berwawasan melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan. Usaha ini akan digarap sebagai satu bentuk perjuangan yang serius dan bersepadu.

Melalui permuafakatan dengan mana-mana institusi yang seiring, para remaja yang menganggotai KRJ akan berpeluang menerima pelbagai pendedahan yang praktikal untuk mereka membentuk infrastruktur kehidupan agar mampu mengharungi apa jua cabaran yang mendatang.

Matlamat

Membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, bertaqwa, 'soleh wa musleh', berwawasan dan berkepemimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan.

Bagi mencapai matlamat di atas, KRJ telah menggariskan objektif-objektif umum berikut dalam setiap aktivitinya:

  1. Membina generasi remaja kini untuk mengisi kepimpinan masa depan.
  2. Membina generasi remaja yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara.
  3. Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu mencapai kesejahteraan diri.
  4. Melahirkan generasi yang berwawasan, berakhlak mulia dan dinamik

Etika KRJ

  1. Berakhlak mulia, berdisiplin dan bercita-cita tinggi.
  2. Menghormati pemimpin, ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.
  3. Berusaha memperbaiki diri dan menambah ilmu.
  4. Mempunyai semangat perikemanusiaan.
  5. Menyayangi dan memelihara alam ciptaan Allah S.W.T.

Faedah Menjadi Ahli

  1. Berpeluang menghadiri aktiviti yang dikelolakan oleh KRJ atau secara usahasama denga badan lain.
  2. Mendapat bimbingan yang berterusan untuk peningkatan kualiti diri dan akademik.
  3. Berpeluang menonjolkan bakat, kepimpinan dan mengembangkan idea melalui aktiviti yang dijalankan.
  4. Berpeluang berinteraksi dan berkongsi maklumat ahli KRJ yang lain melalui aktiviti, risalah dan homepage KRJ.
  5. Berpeluang untuk merancang kerjaya dan kehidupan masa depan yang lebih baik.

Syarat Keahlian

  1. Keahlian KRJ terbuka kepada semua remaja Islam yang berumur di antara 12 hingga 19 tahun.
  2. Mengisi borang keahlian serta mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.
  3. Membayar wang pemprosesan sebanyak RM 5.00.
side01

kalendar

Kalendar

aktiviti

Aktiviti

ajk

AJK


Pengenalan

Biodata AJK

Personaliti KRJ

Sudut Karya

Laman Menarik

side02

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Roha bt Hassan

roha_hassan@
jabil.com


Kembali ke atas

side03

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740

Copyright © 1999 - 2002 Jamaah Islah Malaysia. All rights reserved.