![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
laman utama > negeri > pulau pinang > institusi |
|
JIM Pulau Pinang menyediakan beberapa perkhidmatan kemasyarakatan di mana masyarakat boleh berkenalan dan berinteraksi bersama kami. Prinsip ukhuwwah sesama saudara (dan juga saudari!) seagama menjadi idaman kami dan cuba direalisasikan dalam suasana kemasyarakatan seharian... Pendekatan dakwah JIM juga berhasrat menubuhkan institusi dakwah yang pelbagai untuk memenuhi kehendak masyarakat terhadap Islam. Berikut adalah institusi yang telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Pembangunan Sumber Manusia (HRD)Menyediakan program diploma dan kursus-kursus pembinaan insaniah. Juga mengadakan perbincangan khusus dalam membina peribadi muslim yang bertaqwa. Kelab Remaja JIM (KRJ)Wadah alternatif untuk remaja dengan mengadakan aktiviti yang sesuai dengan naluri remaja seperti program perkhemahan, pembinaan asas insani untuk remaja oleh remaja. Unit Khidmat Nasihat Islah (UKNI)Bersedia membantu mereka yang dalam dilema/konflik dengan khidmat nasihat. Boleh dihubungi sama ada melalui telefon ataupun e-mel. Pasukan sukarelawan kami sedia berkhidmat. Wanita JIMPeribadi wanita solehah diberikan perhatian khusus oleh unit wanita. Unit PendidikanMenyediakan sekolah-sekolah alternatif yang bercorak menyeluruh menggabungkan pendidikan Islam dan pendidikan rasmi. Peringkat sekolah adalah dari tadika ke sekolah rendah. Institusi Pengajian Tinggi (IPT)Mengadakan program-program pembinaan minda dan jiwa para pelajar di institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang. Jaringan NiagaRakan niaga JIM berkhidmat untuk masyarakat di samping menyediakan kemudahan ekonomi yang sihat untuk pengembangan Islam. ITUnit IT JIM bertanggungjawab menguruskan laman web JIM Pulau Pinang dan megadakan kursus berkaitan IT untuk ahli JIM negeri
|