
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Taala kerana dengan kudrat
dan rahmatNya halaman web JIM-IPT Pulau Pinang dapat dilaksanakan dan
dilancarkan. Semoga usaha yang tidak seberapa ini akan lebih merealisasikan
usaha pengislahan masyarakat pelajar, di samping mengharapkan redha
Allah Taala dalam menegakkan Islam dalam hati-hati insan yang lalai
dan leka.

Dasar Organisasi
Pada umumnya, dasar JIM-IPT dipegang dengan menjunjung harapan untuk
memantapkan kualiti saf du'at dalam arena pentarbiyahan masyarakat kampus,
di samping mengharapkan agar dasar yang dipegang ini menjadi baja yang
mampu menghilangkan kelesuan para du'at kita untuk terus berdakwah dan
menjalankan kerja-kerja di atas landasan Islam, sebagaimana yang telah
dihuraikan oleh Imam Hassan al-Banna.
- Al-Fahmu - perjuangan berlandaskan kefahaman tentang fikrah
Islam dan perjuangan; prasyarat utama: Ilmu Islam yang mantap.
- Al-Ikhlas - memurnikan segala niat dan matlamat perjuangan
hanya untuk mengejar mardhatillah.
- Al-Thiqah - kepercayaan dan keyakinan yang mantap kepada
barisan pimpinan selagi mereka menjalankan amanah dan bertanggungjawab.
- At-Taah - ketaatan kita kepada Allah Taala, Rasul-Nya dan
pimpinan orang-orang beriman sewaktu senang atau susah.
- Al-Amal - membuktikan segala teori da'wah kepada amalan yang
istiqamah berteraskan kefahaman dan keikhlasan.
- Al-Jihad - bersungguh-sungguh dalam menjalankan kerja-kerja
da'wah.
- At-Tadhiyyah - pengorbanan semasa menjalankan kerja-kerja
da'wah dan islah.
- At-Thabat - teguh menetapkan sikap dan berjuang tanpa henti.
- At-Tajarrud - berjuang tanpa rasa ragu-ragu kerana memahami
fikrah Islamiah.
- Al-Ukhuwwah - perkongsian usaha da'wah antara pencinta-pencinta
Islam bagi melahirkan kekuatan melalui amal jama'i.
Matlamat Organisasi
Matlamat Umum
Melahirkan takungan mahasiswa du'at yang soleh wa musleh.
Matlamat Khusus
Melahirkan mahasiswa yang memahami dan memegang agama Islam sebagai
Nidzamul Hayah sepanjang hayat serta membina asas-asas kefahaman terhadap
tanggungjawab pengislahan masyarakat kampus.
Program
Latihan Kemahiran Nuqaba'
Usrah Umum
Matrikulasi dan Tahun Satu, seminggu sekali
Usrah Gabungan
Semua saf, sebulan sekali
Usrah Nuqaba'
Semua Naqib dan Naqibah, seminggu sekali
Kursus Pemantapan Diri
Semua Naqib dan Naqibah, semasa cuti 3 bulan
Iftar
Jamuan Berbuka Puasa di R.U. dan R.M.
Ekonomi
  
- Jualan Sewaktu Orientasi & Konvokesyen
- Econ-Shop (Gerai Menjual Peralatan Keperluan Pelajar)
Renungan
Ruangan ini memuatkan beberapa artikel untuk kita renungi bersama.
Semoga ia akan dapat mendatangkan manfaat.
Kefahaman terhadap dakwah Islamiyyah bhg.1
Kefahaman terhadap dakwah Islamiyyah bhg.
2
Dakwah dan Tarbiyyah
Sepuluh wasiat Imam Al-syahid Hassan Al-Banna
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang
yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa
Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa, dan sungguh
Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk
mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka,
sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka
tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun
dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah janji ini,
maka mereka itulah orang-orang fasiq."
(An-Nur (55)
|
|
Kembali ke atas
|