| 
 Sepuluh WasiatImam Al-Syahid Hassan Al-Banna
          Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana 
            keadaan sekalipun.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis 
            ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara 
            yang tiada memberi faedah.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab 
            yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran 
            yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan 
            Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak 
            mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki 
            oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi 
            yang sia-sia malah menyakiti hati orang.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, 
            dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas 
            gerakan dakwah kita ialah  berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada 
            kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah 
            perlaksanaannya. BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH   Kembali ke atas  
 |