logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 22-nov-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 

 


JIM-HRD Pulau Pinang mula beroperasi pada bulan Januari 1996. Ia menggantikan Biro Sumber Manusia yang wujud sebelumnya. Sebagai salah satu institusi di dalam JIM negeri Pulau Pinang, JIM-HRD berperanan membantu usaha-usaha pendidikan, latihan dan pentarbiyyahan ahli-ahli dan juga masyarakat ke arah pembudayaan ilmu dan kemahiran hidup dalam mengisi alaf yang akan mendatang.

Antara objektif-objektif penubuhan JIM-HRD Pulau Pinang ialah:

  • Melahirkan insan yang bersepadu dan seimbang dari segi spiritual, mental dan fizikal.
  • Membentuk masyarakat berkeperibadian dan berketerampilan.
  • Mewujudkan barisan kepimpinan ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan umat sejagat.

Strategi yang diambil oleh JIM-HRD ialah menggembeleng ide-ide dan tenaga-tenaga profesional serta bukan profesional yang wujud di dalam JIM Pulau Pinang ke arah mencapai objektif-objektif yang tersebut di atas.

Kursus

Untuk maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh JIM-HRD, sila ke
laman ini

Struktur Organisasi

JIM-HRD mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri untuk mengatur aktivi-aktiviti dan menentukan halatuju institusi ini.

Carta organisasi

Aktiviti

Antara program yang telah dijalankan oleh JIM-HRD ialah:

  • Konvensyen Pengurusan dengan tema "Menerokai Ufuk-ufuk Anjakan Paradigma dalam Kehidupan ke Arah Pembentukan Masyarakat Madani" pada 1hb.Disember 1996.
  • Konvensyen Tarbiyyah-HRD JIM Zon Utara pada 14 & 15hb. Jun 1997.
  • Bengkel Perancangan Strategik JIM.
  • Program Wacana Intelektual dengan tajuk: "Perlaksanaan Undang-undang Islam di Negeri Pulau Pinang" pada 16hb.Ogos 1998.

Mulai sesi 1997/98 program aktiviti JIM-HRD lebih banyak difokuskan kepada dua sayapnya yang penting iaitu:

a. Akademi Islah Malaysia (AIM)

JIM Pulau Pinang telah menandatangani satu Memorandum Persetujuan untuk menerima pekej francais pendidikan daripada JIM Pusat untuk mengelolakan beberapa program Diploma dan Sijil di atas nama Akademi Islah Malaysia. Program-program itu ialah:

  • Diploma Pengajian Islam (bermula Oktober 1997)
  • Diploma Pengurusan Islam
  • Diploma Perniagaan dan Keusahawanan Islam

Kebanyakan kuliah pengajian dijalankan di Recsam, Gelugor dan juga di JIM Training Center. AIM kini telah pun selesai menamatkan satu kursus dilpoma iaitu Diploma Pengajian Islam dengan bilangan pelajar seramai 25 orang.

Pengurus AIM Pulau Pinang ialah Cik Putri Ibrizah Zahariman.

b. JIM Training Center (JTC)

JTC merupakan sebuah pusat latihan JIM sendiri yang beralamat di

359-Q, Jalan Sultan Azlan Shah,
Gelugor, Pulau Pinang

JTC merupakan sebuah dewan latihan yang boleh memuatkan 40 hingga 50 orang peserta. Ia dilengkapi dengan kelengkapan hawa dingin, overhead projector, PA-system, kerusi tulis dan white-board. Ia disesuaikan untuk mengadakan program-program latihan, kursus, bengkel, usrah perdana, mesyuarat, tamrin dan sebagainya. Di antara aktiviti yang telah dikelola dan dijalankan di JTC ialah:

  • Kursus Asas Perakaunan
  • Program Kerja Berpasukan: Ke Arah Peningkatan Kualiti, Produktiviti
  • Kelas bahasa Hokkien
  • Kelas Tajwid Al Quran
  • Kelas Iqra' Dewasa
  • Bengkel Keterampilan Remaja
  • Siri-siri Ceramah Islamic Propagation Center

Pengurus JTC ialah Cik Roha Hassan

Penutup

JIM-HRD akan terus menyumbangkan khidmat baktinya dalam membantu usaha-usaha dakwah dan pengislahan masyarakat di negeri Pulau Pinang. Semoga usaha-usaha ini akan diberikan oleh Allah SWT. Setinggi-tinggi tahniah, terima kasih kepada semua panel ahli jawatankuasa JIM-HRD yang telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan profesional.

 

Kembali ke atas

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740