logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 20-nov-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 

 


Unit Tarbiyyah

Unit ini dianggotai oleh semua Timbalan Ketua Wanita Daerah dengan Timbalan Ketua Wanita Negeri berperanan sebagai Pengerusi.

Matlamat unit ini adalah untuk :

Merealisasikan model wanita yang 'fundamental' pada prinsip dan kontemporari dalam pendekatan melalui :

  1. pemantapan peribadi wanita solehah-muslehah
  2. peluasan potensi ahli

Aktiviti :

  1. Kursus Pembinaan Laman Web. Dianjurkan bersama dengan Wanita JIM Daerah Timur Laut dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Komputer, USM pada 2 April 2000.
  2. Tamrin Kepimpinan Wanita Negeri. Dianjurkan bersama dengan Wanita JIM Daerah Seberang Prai Tengah pada 18 Mei 2000, bertempat di Kompleks JIM, Bayan Bay, Pulau Pinang.
  3. Program Rehlah & Mukhayyam Wanita Negeri. Dianjurkan bersama dengan Wanita JIM Daerah Barat Daya pada 15-16 Julai 2000 di Kolam Air Panas, Ulu Legong, Baling, Kedah Darul Aman.

Aktiviti-aktiviti lain:

  1. Menyusun semula kumpulan-kumpulan usrah wanita di daerah-daerah bagi memantapkan perjalanan usrah. Daerah-daerah juga digalakkan menyusun program-program tarbiyyah yang lain untuk ahli seperti tamrin, qiam, iftar, rehlah, mukhayyam serta ziarah untuk mengukuhkan ilmu dan latihan kepada ahli masing-masing.
  2. Berusaha mengumpulkan modul tarbiyyah yang sedia ada bagi memastikan perjalanan usrah dilaksanakan dengan lebih terarah, berpandukan modul tarbiyyah JIM.
  3. Menghadiri Konvensyen Tarbiyyah Wanita Nasional ke 2 di Air Keroh, Melaka pada 24-25 Jun 2000.
  4. Menghadiri Konvensyen Tarbiyyah-HRD JIM Pusat Pertama di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2000.

 

Kembali ke atas

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740