logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 14-oct-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 

 


Unit Perundingan

Unit ini berada di bawah tanggungjawab Ketua Wanita Negeri. Ahli-ahlinya terdiri daripada Setiausaha Wanita JIM Negeri, semua Ketua Wanita Daerah, wakil Wanita JIM dalam HAWA serta ahli-ahli JIM yang diberikan tugas-tugas khas.

Bidang tugas unit ini ialah :

  1. Menjalankan tugas-tugas perhubungan raya (PR).
  2. Memantau aktiviti-aktiviti berbentuk penyelidikan, pembangunan dan penerbitan (R&D)
  3. Berganding bahu dengan Unit Gerak Wanita dalam mencari peluang untuk mengetengahkan Wanita JIM
  4. Melaksanakan tugas-tugas yang bersifat sementara dan tidak diberikan penumpuan khusus dalam perancangan jangka panjang

Aktiviti :

  1. Mewakili Wanita JIM Pulau Pinang dalam perjumpaan yang dianjurkan oleh Pusat Krisis Wanita pada Oktober 1999. Perjumpaan ini turut disertai oleh beberapa pertubuhan Wanita yang lain. Di antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan keganasan rumahtangga dan Agenda Perubahan untuk Wanita. Setiap pertubuhan dan individu yang hadir berpeluang untuk memperkenalkan pertubuhan dan peranan masing-masing dalam mengetengahkan agenda Wanita.
  2. Sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang lain di Pulau Pinang dalam mengetengahkan isu-isu wanita, satu program telah diadakan secara usahasama dengan Islamic Propagation Centre International (IPCI), Islamic Outreach ABIM dan beberapa individu persendirian. Program bertajuk 'Women in Islam vs. Women in the Judeo-Christian Traditon : The Myth and the Reality' diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 29 April 2000. Ia berbentuk forum Bahasa Inggeris yang diadakan bersempena pelancaran buku 'Women in Islam vs Women in Judoe-Christian Tradition : The Myth and the Reality' hasil tulisan Dr Sherif Abdel Azeem dan diterbitkan oleh IPCI.
  3. Selain daripada menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Penganjur program di atas, Wanita JIM Pulau Pinang juga telah turut menyedia dan merumuskan borang soal selidik program. Rumusan daripada soal selidik tersebut telah membantu pihak penganjur mengenalpasti pelbagai masalah dan kelemahan dalam penganjuran program tersebut di samping mengukur sejauh mana objektif program tersebut telah dapat dicapai.
  4. Kursus Pengenalan Homeopati Untuk Rawatan di Rumah telah diadakan di Kompleks JIM Bayan Bay pada 30 April 2000 dan telah dikendalikan oleh Dr. Suriya Osman, Ketua Wanita JIM Melaka. Program ini turut mendapat penyertaan daripada bukan ahli dan berjaya memberikan satu pendedahan awal tentang satu cara perubatan alternatif dalam bentuk yang mudah untuk diaplikasikan oleh semua.
  5. Satu laporan ringkas tentang Wanita JIM Pulau Pinang telah disediakan berikutan permintaan pihak SUARANITA (buletin bulanan HAWA) untuk menerbitkan satu artikel tentang Wanita JIM Pulau Pinang di dalam buletin tersebut.
  6. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan dalam usaha menggiatkan aktiviti R&D dalam gerak kerjata Wanita JIM Pulau Pinang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Wanita, semua Ketua Wanita Daerah dan Setiausaha Wanita Negeri. Adalah diharapkan lebih ramai wanita yang mempunyai kepakaran dalam bidang R&D akan tampil ke hadapan untuk membantu menggerakkan jawatankuasa ini.

 

Kembali ke atas

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740