logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 5-jun-05

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 

 


Program & Aktiviti Khidmat Masyarakat

Bersesuaian dengan motto JIM "bersama Islam membina masyarakat" pihak JIM SPU telah menjalankan beberapa program dan aktiviti khidmat masyarakat seperti yang tersenarai dibawah:

Tadika Amal Taman Bertam Indah

Tadika Amal Taman Bertam Indah adalah merupakan salah satu dari rangkaian Tadika Amal yang terdapat di seluruh negara. Ianya telah ditubuhkan untuk memberikan khidmat pendidikan Islam dan akademik kepada anak-anak masyarakat setempat dalam suasana yang selari dengan pentarbiahan anak-anak Islam. Modul yang digunakan adalah dari pihak Tadika Amal Pusat. Pendedahan awal dalam kedua-dua bidang agama & akademik diseimbangkan supaya menjadi asas yang baik buat anak-anak yang disayangi. Jika anda ingin mendaftar anak-anak anda di Tadika Amal Taman Bertam Indah, sila berhubung dengan pihak Tadika Amal:

Tadika Amal Taman Bertam Indah
No. 1, Lorong Bertam Indah 45,
Taman Bertam Indah
13200 Kepala Batas
Seberang Perai
Tel: 04-574 1731

Ceramah Agama & Motivasi

Ceramah agama dan motivasi secara berkala kerapkali diadakan secara anjuran bersama dengan pihak masjid atau surau dan sekolah. JIM SPU terlibat dari beberapa aspek seperti mencari penceramah, logistik, dan yang berkaitan manakala pihak penganjur bersama memberi khidmat seperti hebahan, kewangan, tempat dan lain-lain. Sekiranya ada pihak yang ingin mengadakan majlis ceramah bersama, pihak JIM SPU sangat mengalu-alukannya. Sila hubungi Setiausaha atau mana-mana ahli jawatankuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bantuan Fakir Miskin

Program ini kerapkali diadakan bilamana terdapat permintaan daripada beberapa individu yang ingin mengagihkan sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka. Pihak JIM hanya bertindak sebagai orang tengah untuk menjalankan proses pengagihan kepada fakir miskin. Pihak JIM telah beberapa kali diamanahkan untuk mengenalpasti penduduk di sesuatu tempat yang layak untuk menerima bantuan dan suatu majlis biasanya diadakan. Pihak JIM SPU sangat-sangat menghargai individu yang terlibat dapat program yang lepas dan masih mengalu-alukan sekiranya terdapat individu yang ingin menghulurkan bantuan kepada yang kurang berada menerusi pihak JIM.  Sila hubungi pihak kami untuk tujuan yang mulia ini.

Kembali ke atas

alamat.gif