logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 20-nov-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 

bd

tl

spu

spt

sps


JIM Pulau Pinang dibahagikan kepada 5 buah daerah iaitu:

  1. Barat Daya
  2. Timur Laut
  3. Seberang Perai Utara
  4. Seberang Perai Tengah
  5. Seberang Perai Selatan

JIM Barat Daya banyak memberikan fokus kepada bidang tarbiyah, pendidikan dan pembangunan belia. Sekolah Rendah Islah (SRI) terletak di Telok Kumbar. Islah Daycare telah dibuka di Sungai Ara. Dua Tadika di bawah JIM telah pun dilancarkan.

JIM Timur Laut memberikan fokus kepada tarbiyah, Dakwah Saudara Belum Islam dan pendidikan. Islah Educare dan Islah Junior telah lama tertubuh di Taman Pekaka, Sungai Dua. Aktiviti dakwah 'non-muslim' sering dilakukan berbentuk usahasama dengan IPCI dan ABIM Outreach.

JIM Seberang Perai Utara memberikan fokus kepada tarbiyah, pendidikan dan kemasyarakatan. Sebuah Tadika Amal telah ditubuhkan di SPU. Banyak aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat, masjid dan surau telah diadakan.

JIM Seberang Perai Tengah banyak memberikan fokus kepada tarbiyah, aktiviti 'outdoor' dan pendidikan masyarakat. YDP SPT adalah merupakan seorang pendakwah yang banyak mengajar di masjid-masjid dan surau-surau. Sebuah Tadika Amal telah ditubuhkan. Satu pasukan lasak untuk aktiviti 'outdoor' telah sedia wujud di SPT.

JIM Seberang Perai Selatan baru sahaja ditubuhkan pada 27 September 2002.

Untuk maklumat lanjut mengenai dearah-daerah sila klik butang di sebelah kiri laman.

 

Kembali ke atas

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740