logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 13-oct-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 

 


Artikel Pilihan

Laman ini memuatkan beberapa artikel dan penulisan dari kalangan ahli JIM SPU dan juga lain-lain artikel menarik untuk tatapan anda.
  1. Catatan Umrah - coretan Ir Jamaluddin Abdullah.
  2. Benchmarking - tulisan Razli Che Razak
  3. Tips pengurusan masa - tulisan Razli Che Razak

Catatan Umrah

 

Benchmarking

PENANDA ARASAN UNTUK KOMPETETIF DIRI
Oleh
Razli Che Razak
Pusat Pengajian Pengurusan
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Penanda arasan (benchmarking) telah dikenal pasti sebagai alat pengurusan yang efektif untuk peningkatan produktiviti dan kualiti.  Ia adalah proses berterusan untuk mengukur dan meningkatkan produk dan perkhidmatan terhadap yang telah dikenal pasti sebagai terbaik. Tujuan proses berterusan ini adalah untuk mencapai keunggulan dalam pasaran dan berdaya saing. Ianya tidak sama dengan konsep tradisional yang hanya fokus kepada output/hasil tetapi memberi tumpuan kepada beberapa proses utama bagaimana mencapai hasil tersebut. Tujuan kertas kerja ringkas ini ialah bagaimana penanda arasan boleh di aplikasikan dalam kehidupan untuk menjadi seorang daie atau insan bertakwa yang memikirkan keunggulan Islam di mukabumi.

Konsep-konsep asas penanda arasan

A. Penanda Arasan

Perbadanan Produktiviti Negara mendefinisikan Penanda Arasan sebagai satu proses sistematik dan berterusan kepada penelitian, pembelajaran, penyesuaian dan perlaksanaan amalan terbaik daripada dalam organisasi atau daripada organisasi yang lain ke arah mencapai prestasi yang lebih baik. Marion Harmon dalam Quality Digest mengatakan "Penanda Arasan ialah amalan rendah diri yang mengaku bahawa orang lain adalah lebih baik pada sesuatu dan kita bijak untuk mencuba dan belajar bagaimana untuk mencapainya dan kemungkinan berjaya melebihi daripada mereka yang dicontohi."

B. Tanda Aras (benchmark)

Rujukan tahap prestasi yang unggul.

C. Amalan Terbaik (Best Practice)

Amalan yang inovatif atau terbaik yang dikenal pasti sebagai peningkatan prestasi organisasi terkemuka.

Proses Penanda Arasan

  • Memilih proses atau aktiviti yang bersesuaian untuk peningkatan prestasi
  • Mengadakan siasatan untuk mendapatkan pelaksana terbaik bagi proses atau aktiviti yang telah dipilih
  • Membandingkan prestasi diri sendiri terhadap prestasi pelaksana terbaik.
  • Menganalisa langkah dan proses dilakukan oleh pelaksana terbaik dan belajar bagaimana untuk menggunakan idea tersebut pada diri anda.
  • Melaksanakan pelan bertindak untuk mencapai perubahan yang diinginkan.
  • Mengukur kembali bahawa peningkatan telah berjaya dicapai.
  • Berusaha seberapa daya untuk kekal sebagai terbaik dalam terbaik.

Model Kitaran DEMING iaitu Plan-Do-Check-Action (PDCA) dapat membantu kejayaan penanda arasan.

  • Apa yang hendak di tanda aras
  • Siapa/Apa yang terbaik
  • Bagaimana kita lakukan
  • Bagaimana mereka lakukan

Keseimbangan diri

Keseimbangan diri terdiri daripada tujuan bahagian UTAMA

  • Kesihatan
  • Keluarga
  • Kewangan
  • Intelektual
  • Sosial
  • Profesional (Karier)
  • Spiritual

Untuk memastikan keseimbangan hidup kita, keseimbangan perlu ada pada ketujuh-tujuh bahagian. Jika kita alpakan salah satu bahagian, cukuplah dengan tumpuan dua atau tiga bahagian sahaja, kita akan sabotaj kejayaan hidup kita sendiri. Ibaratkan sebuah meja yang satu kaki lebih panjang daripada yang lain, apa yang akan jadi pada meja tersebut, tentulah akan senget lama-lama rebah menyembah bumi. Jika kita tidak menjaga kesihatan, hidup keluarga dan sosial akan mengalami kecederaan. Jika bahagian kewangan kita tidak seimbang, kita tidak dapat beri tumpuan kepada karier, begitu juga dengan spritual (roh) atau Islam tidak dititik beratkan, kita jadi umat yang terumbang ambing tiada pegangan, hidup hanyalah dunia tanpa memikirkan kehidupan yang kekal abadi. Oleh itu proses penanda arasan boleh diaplikasikan kepada tujuh bahagian keseimbangan hidup. Dapatkan pelaksana dan amalan terbaik bagi setiap bahagian kehidupan, lakukanlah proses penanda arasan.

Contoh Penanda Arasan

KESIHATAN

  • Sentiasa pastikan berat badan pada paras yang normal
  • Kawal tekanan darah
  • Periksa kesihatan secara berkala

KELUARGA

1. Pendidikan anak - keseimbangan dunia akhirat

Tanda Aras - Ustaz Hassan Shukri, Naib-Presiden PAS

  • Sikap ibubapa - suka menolong orang dan suka bersedekah
  • Anak - 3 orang peguam, ke 4 hingga ke 6 di IPT
  • Sekolah anak - Sekolah Agama

Rahsia mendidik anak

  • Penyayang, tidak garang tapi tegas
  • Tak pernah memukul anak
  • Memastikan makanan adalah halal
  • Doa ibubapa
  • Memastikan anak solat 5 waktu
  • Kualiti Masa bersama anak-anak

2. Keluarga ibubapa/ mertua

  • Cukupkah dengan telefon dan belanja bulanan.
  • Luangkan sedikit masa untuk pulang ke kampung
  • Layanan terhadap orang tua

KEWANGAN

Andrew Carnagie -sentuhan ajaib ie. Sentiasa menyimpan 10% sebelum dibuat belanjawan bulanan. Mereka yang menyimpan ialah mereka yang selalu gembira.

Rule of Thumb - Family finance
Hutang tidak lebih 30% daripada pendapatan.

INTELEKTUAL

  • Ilmu teras kehidupan- sentiasa berminat menghadiri majlis ilmu.
  • Membaca, berusrah, bermuzakarah.

SOSIAL

1. Persekitaran rumah yang berkualiti

  • Seiri (Asing) - Asingkan bahan yang perlu dan buang yang tidak perlu.
  • Seiton (Susun) - Susun bahan dengan teratur
  • Seiso (Bersih) - bersihkan rumah terutama tandas
  • Seiketsu (Standard)- Pastikan kebersihan dan peralatan tersusun setiap masa.
  • Shitsuke (Displin) - patuhi etika dan peraturan kebersihan

2. Kehidupan berjiran

  • Menziarahi sahabat ketika mereka senang dan susah
  • Bantuan untuk jiran dan masyarakat

PROFESIONAL

  • Peningkatan dalam karier
  • Disiplin kerja dan amanah masa
  • Ikhlas dan amanah dalam bekerja
  • Sentiasa isikan masa dengan sesuatu yang berfaedah
  • Sentiasa mendahulukan apa yang patut didahulukan

SPRITUAL 

  • Ibadah dalam Islam
  • Peningkatan Ibadah tidak statik.
  • Suka kepada majlis ilmu Islam
  • Luangkan masa 5 minit untuk baca AlQuran
  • Qiamullail

Tips Pengurusan Masa

R Alec MacKenzie seorang perunding pengurusan dan penulis buku "Perangkap Masa" menyenaraikan 15 situasi utama berlaku pembuangan masa bagi pengurus:

  1. Gangguan telefon.
  2. Pelawat datang tanpa temujanji.
  3. Mesyuarat, sama ada yang dijadualkan atau tidak.
  4. Situasi krisis, yang tiada pelan yang mungkin untuk mengatasinya.
  5. Kurang objektif, tiada prioriti dan tiada tarikh siap.
  6. Meja  dan barangan yang berselerak dan tidak terurus.
  7. Melibatkan diri dengan kerja yang rutin dan lengkap, yang sepatutnya di wakilkan pada orang lain.
  8. Mencuba dengan lebih sesuatu kerja pada satu-satu masa dan terkurang anggar masa yang diambil untuk menyiapkan kerja tersebut.
  9. Gagal meletakkan garis panduan tanggungjawab dan autoriti yang jelas.
  10. Informasi yang diterima daripada orang lain adalah tidak tepat, tidak lengkap dan tertunda.
  11. Tidak dapat membuat keputusan dan suka bertangguh.
  12. Komunikasi dan arahan tidak jelas.
  13. Sukar untuk menyatakan tidak
  14. Laporan yang kurang piawai dan kuran kemajuan untuk membolehkan pengurus syarikat memantau pembangunan.
  15. Keletihan.

Ingat, pengurusan masa ialah merupakan disiplin diri. Sebelum anda boleh mahir dengan masa, mahirkan diri anda.

Razli
140499

 

Kembali ke atas

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740