![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
laman utama > negeri > pulau pinang > institusi > pendidikan > tadika amal |
|||||||||||||||||||||
Perkembangan institusi Tadika Amal di daerah Seberang Perai UtaraAlhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pada tahun ini satu lagi cawangan Tadika Amal telah dibuka di daerah Seberang Perai Utara. Tadika Amal cawangan Taman Rupawan dikendalikan oleh guru yang telah berpengalaman mengendalikan Tadika Al-Huda di negeri Perlis (menggunakan pakej Tadika Amal). Tadika Amal cawangan Taman Bertam Indah yang dikendalikan oleh JIM-SPU diketuai oleh Guru Besarnya Puan Farihah Abu Bakar. Puan Farihah juga memegang jawatan Ketua Wanita JIM-SPU. Pada tahun ke-dua beroperasi, sambutan pada pembukaan sekolah pada tahun ini amat menggalakkan sehingga terpaksa ditolak sebahagian dari permohonan untuk mendaftar di Tadika ini. Buat masa ini empat orang guru beserta Guru Besar sedang memberi khidmat mereka yang terbaik untuk mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang soleh di hari muka. JIM SPU bercita-cita sedaya mungkin untuk menjadikan Tadika Amal ini sebagai contoh dan model kepada tadika-tadika Islam yang lain di Seberang Perai dengan ciri-ciri kelainan dalam pakej yang digunakan. Antara komen ibubapa ialah mereka merasa gembira kerana anak-anak mereka diajar bagaimana melaksanakan solat harian secara praktikal. Program untuk ibubapaSelain dari pendidikan untuk anak-anak, Tadika Amal cawangan Bertam Indah juga mengadakan siri program Tarbiyatul Aulad untuk para waris, ibu-bapa dan masyarakat setempat. Program bulanan ini juga telah mendapat sambutan menggalakkan. CawanganBuat masa ini terdapat dua cawangan Tadika Amal di Pulau Pinang. Tadika Amal cawangan Taman Bertam Indah
Tadika Amal cawangan Taman Rupawan
|