![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
laman utama > negeri > pulau pinang > institusi > pendidikan > islah educare jr |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Peringkat Pra SekolahDi bawah Pengurusan Islah EducareMerupakan pusat pendidikan, penjagaan dan perkembangan kanak-kanak dalam suasana Penghayatan Islam. Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 6 tahun. PengenalanDaripada Abu Hurairah r.a, telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Setiap anak dilahirkan menurut fitrah. Kedua ibu bapanya yang menyebabkan anak itu beragana Yahudi dan Nasrani" Hadis Riwayat Bukhari Pengertian hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa tugas mendidik dan mencorak peribadi serta tingkah laku anak adalah tugas ibu bapa. Namun desakan kehidupan diiringi dengan kemajuan dunia hari ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugas mendidik anak semata-mata. Justeru itu, anak-anak terpaksa dihantar atau ditinggalkan di pusat-pusat asuhan atau sebagainya. Pepatah Melayu menyebutkan melentur buluh biarlah dari rebung. Oleh itu ibu bapa tentunya sedar bahawa peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada tumbesaran dan perkembangan fizikal, emosi, intelek dan sosial anak-anak yang mampu mencorak peribadi, minda dan personaliti mereka di masa hadapan. Sehubungan dengan itu, Islah Junior ditubuhkan untuk memberi khidmat mendidik dan mengasuh anak-anak dalam suasana solehah dan sejahtera disamping memberi penekanan kepada aspek sosial, emosi, personaliti, akhlak mulia dan juga daya intelek. Peringkat UmurBerusia daripada 4 - 6 tahun Matlamat
Sistem Pengajaran dan PembelajaranDiolah daripada:
Perkhidmatan dan YuranYuran Kemasukan untuk setahun : RM 99.00 Yuran Alatulis untuk setahun : RM 15.00 Insuran Takaful : RM 2.00
Bayaran Lebih Masa1 jam pertama RM 1.50 Setengah jam berikutnya RM 2.00 Hari PerkhidmatanIsnin- Jumaat Asuhan Sabtu -separuh hari ( KOD B, C, E, F & H ) KurikulumDi Islah Educare Junior, kami yakin titik permulaan alam pendidikan kanak-kanak bermula apabila segala usaha mereka dihargai. Kemampuan mereka diketengahkan dan bukannya ketidakupayaan mereka. Mereka adalah individu biasa yang mempunyai perasaan, ide dan hubungan dengan orang lain dan memerlukan bimbingan untuk memiliki jasmani, rohani, mental dan moral yang sihat. Kanak-kanak belajar paling berkesan apabila mereka diberi tanggungjawab yang sesuai, dibenarkan membuat kesilapan, berpeluang membuat keputusan dan pilihan serta dihormati sebagai seorang pelajar. Justeru itu, sistem pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam suasana penghayatan Islam berasaskan kurikulum bertema yang memenuhi perkembangan kanak-kanak daripada 6 elemen perkembangan iaitu:
Sukatan Pelajaran
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
|