![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
laman utama > negeri > pulau pinang > institusi > pendidikan > islah educare |
|
PengenalanMerupakan sebuah institusi pendidikan sebelum/selepas waktu sekolah yang tidak bermotifkan keuntungan (non profit organization) berteraskan Falsafah Pendidikan Islam iaitu :- Proses pendidikan yang berteraskan TAUHID bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang
sebagaimana yang dituntut oleh Al Quran dan As Sunnah melalui sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. Sebarang lebihan ditumpukan kepada pembinaan, pembesaran dan peningkatan kualiti Islah Educare. MotoKami Membimbing dan Mendidik Matlamat
PengenalanPERLUKAH PENJAGAAN ANAK ANDA SEBELUM/SELEPAS WAKTU SEKOLAH ? Kebanyakan ibubapa yang bekerja, kurang mempunyai masa untuk berinteraksi dan berkomunikasi bersama anak-anak mereka selepas waktu sekolah. Meninggalkan mereka berseorangan, bersama nenek, di rumah jiran atau bersama abang dan kakak,. Tentu sekali tidak memanfaatkan masa yang terluang selepas dan sebelum sekolah. Masa yang terluang harus mereka isikan dengan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan perkembangan mental, kerohanian dan fizikal .. DI TEMPAT YANG SESUAI Suasana persekitaran setempat yang kurang selamat dan membimbangkan memerlukan ibu bapa lebih berhati-hati apabila meninggalkan anak-anak mereka sebelum dan selepas waktu persekolahan. Di Islah Educare kami memberi perkhidmatan bimbingan dan didikan kanak-kanak sebelum dan selepas waktu sekolah. Suasana solehah, pergaulan yang sihat dan pendekatan yang dinamik yang diwujudkan dapat menyediakan suasana pembesaran yang sihat dan sejahtera bagi anak-anak anda. .. YANG MEMPUNYAI PROGRAM TERANCANG Di Islah Educare kami meyediakan agenda pendidikan yang terancang. Pendidikan agama, bimbingan akademik, sesi kreatif dan kemudahan untuk bermain di sediakan bagi menjamin perkembangan jiwa dan mental kanak-kanak, yang seimbang .. YANG MEMBERI DIDIKAN AGAMA Di Islah Educare kami berkeyakinan bahawa penekanan kepada penghayatan Islam merupakan teras pembentukan peribadi kanak-kanak. Kecemerlangan akademik tanpa didikan agama yang kukuh akan membuatkan kanak-kanak kurang upaya daya tahan, yakin diri, mengenal potensi diri, mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sihat dan mudah putus asa dalam suasana tertekan. .. PENDEKATAN PENJAGAAN BERKUALITI Kami menekankan penjagaan berkualiti bagi kanak-kanak dalam aspek kehidupan harian di Islah Educare sebelum ke sekolah atau pulang dari sekolah. Pembudayaan akhlak mulia dan sikap positif dipraktikkan di Islah Educare dalam linkungan penjagaan guru-guru yang dedikasi dan suasana kasih sayang akan dapat diterjemahkan dalam kehidupan harian kanak-kanak walau di mana saja mereka berada. Selain sebagai proses persediaan melalui alam remaja yang serba mencabar. .. DAN MEMBANTU MENYIAPKAN KERJA-KERJA SEKOLAH Kami juga membantu anak-anak anda dalam kerja-kerja sekolah atau "Homework Coaching" sebelum anak anda pulang atau pergi ke sekolah. .. DI SAMPING BIMBINGAN AKADEMIK DAN SESI KREATIF Di Islah Educare kami memperuntukan waktu khas untuk bimbingan akademik (persediaan UPSR) untuk kanak-kanak tahun 6 sekolah rendah dan juga sesi kreatif. Dengan kepelbagaian aktiviti yang diberikan ianya dapat meransang perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Struktur OrganisasiStruktur organisasi PerkhidmatanIsnin- Jumaat 7.30 pagi - 5.30 petang BerpakejPenjagaan dan makan tengahari termasuk minuman dan biskut/kuih masa rehat
Tidak Berpakej
Minuman dan biskut/kuih disediakan masa rehat YuranBulanan RM125.00 Berpakej RM 35.00 Takaful RM 2.00 Pendaftaran/KemasukanSentiasa dibuka mengikut kekosongan tempat Peringkat Umur Kanak-kanakMurid-murid berumur 7-12 tahun Dibuka juga untuk kanak-kanak 6 tahun bertadika Pendidikan
Dengan bimbingan dan nasihat dari Pusat Perkembangan Pendidikan Al Amin, Kulala Lumpur Budaya Hidup Islah Educare
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
|