logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 13-oct-02

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 


JIM Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 21 Januari, 1991. YDP nya yang pertama ialah Dr. (PhD) Abdul Aziz bin Tajuddin. Dr. Danial bin Zainal Abidin telah menggantikan beliau sebagai YDP dari tahun 1992 hingga 2001. YDP nya sekarang ialah Hj. Mohd Rashid bin Hasnon.

JIM meletakkan Islam sebagai dasarnya. Justeru itu JIM Pulau Pinang berperanan untuk menyedarkan ummah tentang keunggulan Islam agar ummah berasa bangga dan mulia dengan keislamannya. Menyebarkan ilmu dari sumber yang sahih adalah penting untuk mencapai tujuan ini.

Suara amal perlu diutamakan. JIM Pulau Pinang melaksanakan ini dengan menginstitusikan dakwah. Di bidang pendidikan anak-anak, Tadika Amal, Sekolah Rendah Islam dan Islah Educare telah ditubuhkan. Untuk penjagaan anak-anak, Islah Daycare ditubuhkan. Di bidang kebajikan, Unit Khidmat Nasihat Islah telah berperanan sejak tahun 1992. Kelab Remaja JIM sentiasa aktif untuk membantu remaja-remaja mengenali potensi-potensi mereka. Di samping semua ini, tarbiyah individu amat ditekankan dengan menghidupkan usrah-usrah di setiap daerah. Unit HRD ditubuhkan untuk memperkembangkan lagi kurikulum tarbiyah JIM P. Pinang.

Setakat ini JIM Pulau Pinang telah mendapat anugerah JIM Negeri Terbaik sebanyak 3 kali berturut-turut, sebagai penghargaan dari JIM Pusat. Moga-moga sumbangan JIM Pulau Pinang untuk Islam ini di berkati oleh Allah.

 

Kembali ke atas

64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740