logo jimjamaah islah malaysia (jim)

Dikemaskini pada 14-jan-03

laman utamaorganisasiinstitusiaktivitiperhubungan

 

 


Sejarah 10 tahun UKNI

UKNI adalah ringkasan untuk Unit Kaunseling dan Nasihat Islah. Asal namanya ialah UKI (Unit Kaunseling Islah). Ia ditubuhkan pada tahun 1992. Penggerak asal dan utama UKI ialah Dr Danial Zainal Abidin. Beliau merupakan seorang doktor perubatan dan merupakan Yang Di Pertua JIM pada ketika itu. Pengalaman beliau mengendalikan pesakit telah memberikan ide untuk menubuhkan satu unit khas membantu pesakit dan sesiapa jua di kalangan masyarakat yang memerlukan khidmat nasihat kaunseling.

Objektif UKNI

Memberi khidmat nasihat dan kaunseling untuk sesiapa yang memerlukannya dan ingin mencari jalan menyelesaikan isu dan masalah peribadi. Pedekatan nasihat dan kaunseling adalah dari kacamata agama Islam.

Moto

Laksana Satu Keluarga Yang Bermotivasi Tinggi Dalam Membina Takungan Yang Murni

Perkhidmatan

  1. Waktu perkhidmatan ialah dari jam 4.00ptg hingga 9.00malam Isnin hingga Jumaat. Sesi akan dikendalikan oleh dua orang kaunselor. Seorang akan mengendalikan dari jam 4.00-6.30ptg dan seorang lagi dari jam 6.30-9.00mlm.
  2. Khidmat yang ditawarkan ialah nasihat kaunseling melalui telefon dan / atau secara bersemuka.
  3. Khidmat kaunseling melalui e-mail juga boleh dilakukan melalui alamat e-help e_help@jim.org.my

Mulai 2 September 2002 Pejabat UKNI telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu di Kompleks JIM Pulau Pinang beralamat di No 64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, 11900 Sri Nibong. Ini bermakna bilik bertugas dan perkhidmatannya telah berpindah. Talian telefon perhubungan juga telah bertukar kepada 04-6452740.

Organisasi

Struktur Organisasi UKNI sessi 2003

Polisi

Beriltizam membantu masyarakat khususnya didalam memberi perkhidmatan nasihat berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

  • Mengambil pendekatan Islam sebagai landasan utama
  • Memberi perkhidmatan secara sukarela
  • Sentiasa berganding bahu sebagai satu unit
  • Sentiasa meningkatkan perkhidmatan dari masa ke semasa
  • Bersedia bekerjasama dengan UKNI Pusat, Negeri-Negeri dan badan-badan lain seumpamanya

Etika

  • Suka membantu masyarakat.
  • Bertugas dengan penuh keikhlasan dan amanah.
  • Mematuhi dan melaksanakan peraturan-peraturan yang telah diputuskan.
  • Sentiasa membantu UKNI dan aktiviti-aktivitinya.
  • Melakukan segalanya untuk mencari keredhaan Allah.

Peraturan

  • Sessi khidmat nasihat mesti dijalankan pada waktu dan tempat yang rasmi sahaja.
  • Menepati jadual bertugas.
  • Tidak memberi nombor telefon rumah atau tempat kerja kepada klien.
  • Menjaga kerahsiaan klien dan kes.
  • Menjaga akhlak sebagai seorang muslim dan muslimah setiap masa.

     

    Kembali ke atas

    64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, Sg Nibong, 11900 Pulau Pinang. Tel/Fax: 04-6452740