![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
laman utama > negeri > pulau pinang > institusi > ukni |
|
Sejarah 10 tahun UKNIUKNI adalah ringkasan untuk Unit Kaunseling dan Nasihat Islah. Asal namanya ialah UKI (Unit Kaunseling Islah). Ia ditubuhkan pada tahun 1992. Penggerak asal dan utama UKI ialah Dr Danial Zainal Abidin. Beliau merupakan seorang doktor perubatan dan merupakan Yang Di Pertua JIM pada ketika itu. Pengalaman beliau mengendalikan pesakit telah memberikan ide untuk menubuhkan satu unit khas membantu pesakit dan sesiapa jua di kalangan masyarakat yang memerlukan khidmat nasihat kaunseling. Objektif UKNIMemberi khidmat nasihat dan kaunseling untuk sesiapa yang memerlukannya dan ingin mencari jalan menyelesaikan isu dan masalah peribadi. Pedekatan nasihat dan kaunseling adalah dari kacamata agama Islam. MotoLaksana Satu Keluarga Yang Bermotivasi Tinggi Dalam Membina Takungan Yang Murni Perkhidmatan
Mulai 2 September 2002 Pejabat UKNI telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu di Kompleks JIM Pulau Pinang beralamat di No 64 Tingkat 2, Lebuh Bukit Kecil 1, 11900 Sri Nibong. Ini bermakna bilik bertugas dan perkhidmatannya telah berpindah. Talian telefon perhubungan juga telah bertukar kepada 04-6452740. OrganisasiStruktur Organisasi UKNI sessi 2003 PolisiBeriltizam membantu masyarakat khususnya didalam memberi perkhidmatan nasihat berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Etika
Peraturan
|